Wawasan

JKR Sabah bertekad untuk menjadi sebuah organisasi teknikal yang dihormati dan disegani dalam pembangunan infrastruktur.

MISI

Untuk menaikkan taraf pembangunan sosio-ekonomi dengan menyediakan prasarana fizikal yang teguh dan mantap melalui:

  • Pembinaan Jalan-Jalan Raya.
  • Bangunan-Bangunan Institusi Awam.
  • Kemudahan-Kemudahan Pembetungan.

OBJEKTIF

  • Untuk menyediakan jalanraya dan jambatan yang selamat, efisien dan mematuhi spesifikasi yang berkualiti.
  • Untuk menyediakan kemudahan perparitan dan pembetungan yang berkesan dan efisien.
  • Untuk menyediakan bangunan kerajaan yang berfungsi, selamat, berkualiti, ekonomik dan mematuhi spesifikasi yang diiktiraf.

FUNGSI

  • Merancang, memeriksa, merekabentuk dan melaksanakan kemudahan infrastruktur.
  • Menjalankan di mana yang perlu kemudahan infrastruktur.
  • Menyelenggara kemudahan infrastruktur.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai perkara-perkara teknikal kepada kerajaan.