Ukur Bahan

JUMIN BIN GONDIKIT
Ketua Penolong Pengarah/Jurukur Bahan

Alamat:
Tingkat 5, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Jumin.Gondikit@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Jurukur Bahan bertanggungjawab membantu Jabatan dalam merancang dan melaksanakan projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan seperti projek-projek pembinaan bangunan, jalan raya, penyelenggaraan jalan raya, jambatan, pembaikan cerun, mekanikal dan elektrikal serta bekalan dan perkhidmatan daripada peringkat permulaan (inception) sehinggalah penyiapan. Selain daripada itu, Cawangan Ukur Bahan juga bertanggunjawab menyediakan dan menyusun dokuman-dokumen tender, mempelawa tender serta menyediakan anggaran harga bagi setiap projek yang dilaksanakan oleh JKR.

Tugas-tugas utama Cawangan Ukur Bahan disenaraikan seperti berikut:-

  • Bekerjasama dengan Perekabentuk Projek-projek pada peringkat permulaan (Inceptio Stage).
  • Mempelawakan tender untuk projek-projek yang telah diluluskan berdasarkan prosedur-prosedur kerajaan.
  • Menyediakan Dokumen-dokumen Kontrak untuk ditandatangani.
  • Memproseskan kerja-kerja yang berkaitan dengan Pentadbiran Kontrak setelah projek ditawarkan kepada kontraktor..
  • Memproses Arahan-arahan Kerja (Works Order).
  • Menyelenggara dan mengemaskini Sistem Pentadbiran Kontrak JKR (database).
  • Menyediakan dan Mengedarkan Berita Mingguan JKR.

OBJEKTIF

  • Memberi khidmat nasihat dari segi kos projek, perancangan kos dan penyelarasan aktiviti-aktiviti yang berkenaan agar peruntukan projek pembangunan yang dikendalikan oleh Jabatan ini dibelanjakan dengan sebaik-baiknya.
  • Memastikan agar semua tender-tender dan sebutharga di Jabatan ini, dikeluarkan dan seterusnya disetuju-terima selaras dengan polisi, prosidur dan peraturan-peraturan semasa kerajaan.
  • Memastikan agar dalam pentadbiran kontrak-kontrak pembinaan, kepentingan kerajaan sentiasa dipelihara.
  • Memastikan agar penyewaan rumah-rumah kerajaan diproses dengan teratur serta selaras dengan prosidur-prosidur dan peraturan-peraturan kerajaan.

FUNGSI

  • Menyelia perancangan dan anggaran kos.
  • Menjalankan kajian `Kemungkinan Kewangan’ projek (financial feasibility) dan penyelidikan ke atas perbandingan-perbandingan dalam rekabentuk (comparative design studies).
  • Menyedia dan memeriksa dokumen-dokumen tender termasuk pengukuran kerja-kerja pembinaan (Senarai Kuantiti).
  • Menganalisa serta menyediakan laporan bagi tender-tender yang diterima daripada cawangan-cawangan lain dan Juru Perunding.
  • Menyedia dokumen kontrak termasuk memeriksa dan mendapatkan pengesahan bagi jaminan-jaminan serta polisi-polisi insuran.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal kontrak.
  • Melakukan pengukuran interim bagi tujuan pembayaran kemajuan.
  • Melakukan pengukuran dan penilaian kerja-kerja Arahan Perubahan.
  • Menyedia penyata-penyata kewangan.
  • Membuat penilaian bagi sijil `Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa’.
  • Membuat penilaian serta menyediakan laporan mengenai tuntutan-tuntutan kontraktor.
  • Menyediakan Akaun Muktamad.
  • Menyediakan Perjanjian Sewa-Rumah (Housing Tenancy Agreement).