
DAYANG SELHA IBRAHIM
Ketua Penolong Pengarah/Sumber Manusia
Alamat :
Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: DgSelha.Ibrahim@sabah.gov.my
LATAR BELAKANG
Cawangan Sumber Manusia di bahagikan kepada 4 unit iaitu Unit Pembangunan Organisasi, Unit Perkhidmatan, Unit Saraan & Pencen, Unit Tatatertib & Rekod Perkhidmatan. Unit-unit ini dipertangungjawabkan sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan perihal perkhidmatan, gaji, pencen, tatatertib (disiplin), latihan dan peperiksaan, rekod dan penyelidikan dan pembangunan organisasi
Tiap-tiap unit ini berfungsi sebagai nadi dan tunjang kepada Cawangan Pentadbiran yang mana bertanggungjawab terhadap pentadbiran perkhidmatan awam Jabatan Kerja Raya Sabah keseluruhannya.
Antara lain, di samping tugas-tugas ‘routine’ harian, Cawangan ini telah mewujudkan beberapa ‘Task Force’ dan Pasukan Kerja untuk melaksanakan tugas-tugas khas seperti berikut :-
- Perkhidmatan Buku Perkhidmatan
- Penyerapan Anggota Sementara ke dalam perkhidmatan tetap (bergantung kepada bilangan kekosongan jawatan yang ada)
- Megemaskini data Anggota Jabatan ke dalam Sistem Maklumat Anggota Perkhidmatan Awam Negeri (SMAPAN).
Di bawah Struktur Baru, Cawangan Pentadbiran di bahagikan kepada 4 unit iaitu Unit Pembangunan Organisasi, Unit Perkhidmatan, Unit Saraan & Pencen, Unit Tatatertib & Rekod Perkhidmatan. Unit-unit ini dipertangungjawabkan sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan perihal perkhidmatan, gaji, pencen, tatatertib (disiplin), latihan dan peperiksaan, rekod dan penyelidikan dan pembangunan organisasi.
Tiap-tiap unit ini berfungsi sebagai nadi dan tunjang kepada Cawangan Pentadbiran yang mana bertanggungjawab terhadap pentadbiran perkhidmatan awam Jabatan Kerja Raya Sabah keseluruhannya.
Antara lain, di samping tugas-tugas ‘routine’ harian, Cawangan ini telah mewujudkan beberapa ‘Task Force’ dan Pasukan Kerja untuk melaksanakan tugas-tugas khas seperti berikut :-
- Perkhidmatan Buku Perkhidmatan
- Penyerapan Anggota Sementara ke dalam perkhidmatan tetap (bergantung kepada bilangan kekosongan jawatan yang ada)
- Memasukkan data Anggota Jabatan ke dalam SMAPAN bermula sejak bulan Jun 1997
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan, bimbingan dan nasihat kepada semua Cawangan di Daerah termasuk Bahagian dan Unit JKR di peringkat Ibu Pejabat mengenai hal-hal perkhidmatan dan perjawatan
- Memastikan semua rekod kakitangan termasuk rekod peribadi dan sulit adalah kemaskini dan teratur
- Memastikan semua tindakan Pentadbiran mengenai perjawatan diselaraskan dengan pihak-pihak seperti Jabatan Ketua Menteri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Bahagian/Cawangan/Unit di JKR
- Menyelaras dan bekerjasama dengan Cawangan-cawangan diperingkat Ibu Pejabat dan Daerah dalam merangka keperluan gunatenaga dan hal-hal organisasi
- Mengadakan perbincangan dan dialog mengenai masalah-masalah Pentadbiran dan Kakitangan yang melibatkan Bahagian/Cawangan atau Seksyen-seksyen tertentu di peringkat Ibu Pejabat dan Daerah.
FUNGSI
1) UNIT PERKHIDMATAN
- Perlantikan Jawatan.
- Lantikan Memangku/ Tanggungan Kerja
- Pengesahan Jawatan
- Perlanjutan Tempoh Percubaan
- Peresapan ke Jawatan Tetap
- Perletakan Jawatan.
- Pembaharuan Kontrak
- Kenaikan Pangkat
- Perlantikan Semula Selepas Bersara
2) UNIT SARAAN PENCEN DAN PENILAIAN PRESTASI
- Pelarasan Skim dan Tangga Gaji
- Penyediaan Kertas Pencen
- Penilaian Prestasi
- Pinjaman Semua Jenis
- Tuntutan Elaun
- Tambang Percuma/ Subsidi
- Pendahuluan Gaji
- Tugas Ad-Hoc
- Peresapan Jawatan Kumpulan “D”
3) UNIT TATATERTIB DAN REKOD PERKHIDMATAN
- Tatatertib/ Surcaj
- Rekod Perkhidmatan
- Latihan Kursus dan Peperiksaan
- Penempatan dan Pertukaran Kakitangan.
- Keselamatan Pejabat
- Kebenaran Memandu Kenderaan
- Urusetia Lembaga Tatatertib
- Kaunseling
4) UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI
- Struktur Organisasi
- Skim Perkhidmatan
- Pewujudan Jawatan
- Permasalahan Organisasi
- Urusetia Kepada Pengurusan Sumber Tenaga Manusia
- Perlaksanaan Keperluan Tribunal/ Kesatuan Kerja
- Perlaksanaan Semua Pekeliling Kerajaan
- Senarai Kakitangan dan Perjawatan
- Kekosongan Jawatan
- Penyelenggaraan Skim