Senggara Bangunan

KIMBUN @ FREDDY
Ketua Penolong Pengarah/Senggara Bangunan

Alamat:
Tingkat 6, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Freddy.Kimbun@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Senggara Bangunan Jabatan Kerja Raya, Sabah adalah bertanggungjawab terhadap rekabentuk dan pembinaan projek-projek bangunan kerajaan Persekutuan dan Negeri. Selain daripada melaksanakan bangunan baru, cawangan ini juga melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan membaikpulih semua bangunan dan kuarters kerajaan yang sedia ada.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berkomited sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang cekap seperti berikut :-

  • Menyediakan pelan rekabentuk dan lukisan projek bangunan Persekutuan dan Negeri dalam jangka masa yang telah dipersetujui.
  • Membantu pejabat Persekutuan dan Negeri dalam menyediakan bajet kewangan untuk projek bangunan dalam masa 3 hingga 6 minggu dengan syarat segala maklumat yang diperlukan telah dibekalkan
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan pelaksanaan kerja-kerja bangunan semasa pembinaan kepada pegawai penyelia di peringkat daerah.
  • Menyelaras dan memantau juruperunding yang terlibat dalam projek bangunan untuk Jabatan Persekutuan dan Negeri demi menjamin kepentingan kerajaan terpelihara.
  • Menyediakan anggaran, rekabentuk dan lukisan untuk kerja pengubahsuaian pejabat dan kuarters untuk Jabatan Persekutuan dan Negeri dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

Matlamat cawangan senggara bangunan adalah untuk melaksanakan projek-projek bangunan kepada Kementerian/Jabatan pelanggan yang menyediakan peruntukan tertentu untuk dilaksanakan di seluruh Negeri Sabah.

Cawangan Senggara Bangunan juga perlu memastikan bahawa bangunan-bangunan yang dilaksanakan samada untuk kegunaan pejabat mahupun rumah kediaman atau lain-lain tujuan direkabentuk berdasarkan kepada Undang-Undang Bangunan seragam sedia ada serta memenuhi piawaian tertentu termasuklah estetik senibina dan fungsi/kegunaan bangunan dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan/diluluskan

FUNGSI

  • Merancang, berbelanja, melaksana dan mengawasi semua projek Bangunan (kecuali projek Pendidikan).
  • Mengurus sistem Penyelenggaraan Bangunan JKR.
  • Memeriksa dan Menyenggara kesemua Bangunan Kerajaan Negeri).
  • Rumusan Polisi,Panduan dan Piawaian untuk penyenggaraan dan pengurusan Bangunan Kerajaan.
  • Pengurusan aset Bangunan jabatan dan bank.
  • Pengurusan bajet kewangan bagi semua projek Bangunan (kecuali Pendidikan) dan penyelenggaraan bangunan.