Pan Borneo

MOHD SHAMSUL NIZAM BIN ABDUL WAHID
Ketua Penolong Pengarah/Pan Borneo

Alamat:
Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu. 
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234

LATAR BELAKANG

Cawangan Projek Pan Borneo adalah bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembinaan projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah bermula dari Sindumin ke Tawau yang melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706km.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berkomited sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang cekap seperti berikut:

  1. Melaksanakan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah berasaskan 3 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu i). Disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan; ii). Disiapkan mengikut kos yang ditetapkan iii). Mematuhi kualiti yang telah ditetapkan
  2. Menyediakan anggaran, pelan rekabentuk dan lukisan projek Lebuhraya Pan Borneo  dalam jangka masa yang telah dipersetujui.
  3. Memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan perlaksanaan Projek Lebuhraya semasa pembinaan kepada wakil Pegawai Penguasa di peringkat daerah.
  4. Menyelaras dan memantau perunding yang terlibat di peringkat rekabentuk dan penyeliaan demi menjamin kepentingan kerajaan terpelihara.
  5. Memastikan proses pewartaan pengambilan balik tanah dibuat sebelum kerja pembinaan dimulakan.

MATLAMAT/OBJEKTIF

  1. Mewujudkan sistem rangkaian lebuhraya yang efisien dari Sindumin ke Tawau sepanjang 706km dengan kerjasama Agensi Persekutuan.
  2. Merancang, merekabentuk dan membina lebuhraya yang berkualiti selaras dengan Arahan Teknik (Jalan) dan piawaian antarabangsa.
  3. Menaiktaraf jalan-jalan sedia ada untuk menampung bilangan trafik yang bertambah dan mewujudkan infrastruktur pengurusan trafik yang lebih efisien.
  4. Sentiasa menambahbaik perkhidmatan professional yang berkualiti dalam pelaksanaan dan pengurusan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomik dan keberkesanan kerja-kerja yang berkualiti dan terbaik.

FUNGSI

  1. Mengenalpasti keutamaan dan mengemukakan cadangan projek kepada Kementerian Kerja Raya untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia.
  2. Menyediakan perancangan kewangan dan bajet tahunan bagi projek yang telah diluluskan.
  3. Menjalankan kerja ukur dan penyiasatan tanah yang terperinci, merekabentuk dan menyediakan dokumen tender untuk projek yang telah diluluskan.
  4. Memantau, menyelaras dan memberi khidmat nasihat teknikal kepada wakil Pegawai Penguasa bagi projek dalam pembinaan.
  5. Menguruskan kontrak, perbelanjaan dan penyeliaan projek di peringkat ibu pejabat.
  6. Menyediakan laporan kemajuan kepada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri yang berkepentingan.