Mekanikal

BAND SABIN
Ketua Penolong Pengarah/Mekanikal

Alamat:
Ibu Pejabat Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,
Kompleks JKR, 88200 Putatan
Tel: 088 765599
Fax: 088 765628
E-mel: Band.Sabin@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

1) Cawangan Mekanikal adalah bertanggungjawab untuk menyediakan loji/kenderaandan peralatan kepada lain-lain cawangan di dalam JKR mengikut keperluan mereka.
2) Mengurus operasi Tabung Amanah Kumpulan Wang Sewa Loji (K88); mengurus dan memastikan semua rekabentuk dan pemasangan perkhidmatan Mekanikal yang dipasang di dalam setiap bangunan kerajaan adalah mengikut spesifikasi atau piawaian kerajaan.
3) Ketua Cawangan Mekanikal juga bertanggungjawab untuk mengawal operasi Bengkel Pusat Negeri JKR, Putatan; operasi teknikal semua bengkel JKR daerah dan sebagai penasihat teknikal atau pakar rujuk kepada lain-lain jabatan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal Mekanikal

PIAGAM PELANGGAN

Cawangan ini mengutamakan kehendak dan keperluan, menepati masa, bersistematik serta berdasarkan piagam seperti berikut :-
1) Menngawasi dan mengawal pemindahan loji-loji dan kenderaan selama 3 hari dari satu daerah ke daerah lain

2) Memproses laporan kehilangan dan kemalangan selama 3 hari untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negeri, Kota Kinabalu

3) Bertanggungjawab mendaftar loji dan penyerahan kenderaan (Project Vehicles) kepada Jabatan Kerja Raya dalam tempoh dua hari

4) Mengendalikan pulangan sewa loji dan memproses bil-bil kos penyelenggaraan kenderaan/peralatan

OBJEKTIF

1) Memastikan pembekalan jentera, kenderaan dan peralatan yang sesuai mencukupi dan mengikut keperluan cawangan-cawangan JKR

2) Memastikan rekabentuk dan pemasangan perkhidmatan Mekanikal yang dipasang disetiap bangunan kerajaan adalah mengikut sepsifikasi serta piawaian kerajaan.

3) Memberi perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan yang effisien dan effektif kepada pelanggan.

FUNGSI

1) Mengenapasti dan membuat pembelian jentera, kenderaan dan peralatan mengikut jenis yang diperlukan oleh cawangan-cawangan dalam JKR.

2) Merancang dan melaksanakan program penyelenggaraan yang sistematik ke atas jentera, kenderaan dan peralatan bagi memastikan penggunaan yang maksima oleh cawangan-cawangan dalam JKR.

3) Mengurus operasi Tabung Amanah Sewa Loji dan memastikan kedudukan kewangan Tabung setiasa ditahap yang seimbang (balanced account).

4) Meneliti rekabentuk dan pemasangan perkhidmatan M&E disetiap bangunan kerajaan untuk memastikan pemasangan dibuat mengikut spesifikasi serta piawaian kerajaan.

5) Merancang dan melaksanakan program penyelenggaraan yang berkesan ke atas perkhidmatan M&E.

6) Memberi nasihat teknikal kepada Jabatan-Jabatan kerajaan negeri berhubung dengan hal-hal Mekanikal.

7) Merancang dan melaksanakan program pelupusan ke atas jentera, kenderaan dan peralatan JKR.