Makmal Dan penyiasatan Tapak

VYNER SIKODOL
Ketua Penolong Pengarah/Makmal dan Penyiasatan Tapak

Alamat:
Cawangan Makmal dan Penyiasatan Tapak,
Jabatan Kerja Raya,Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu.
E-mel: Vyner.Sikodol@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Untuk memberikan perkhidmatan profesional dalam kerja-kerja kejuruteraan geoteknik, pengujian bahan binaan, penentukuran, penilaian kekuatan struktur jalanraya dan pengawalan mutu.

Aktiviti utama cawangan ini adalah:-

1) Menjalankan penyiasatan tapak bagi bangunan, jalanraya, jambatan dan kestabilan cerun dan menyediakan laporan geoteknik.

2) Menjalankan pengujian bahan binaan, penyiasatan atas kualiti bahan dan memberi laporan ujian ujian / penyiasatan.

3) Memeriksa kualiti batu baur yang dikeluarkan oleh pengusaha kuari dan memberi sijil pengiktirafan kuari

4) Menentukur dan memberi laporan tentukuran.

5) Menentusahkan jenis batu di tapak pembinaan bagi mengenalpasti cara pengorekkan yang sesuai dan memberi laporan teknikal.

6) Menjalankan audit kualiti di pejabat JKR daerah di seluruh negeri.

PIAGAM PELANGGAN

1) Memberi perkhidmatan yang cekap dan cepat kepada Jabatan-Jabatan kerajaan, separuh kerajaan dan swasta dalam pengujian bahan-bahan binaan mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf dan dipersetujui. Tempoh penyempurnaan ujian-ujian serta penyediaan laporan adalah seperti berikut:-

  • Ujian bahan-bahan konkrit 1 bulan
  • Ujian lain-lain bahan binaan 2 minggu

2) Memberi khidmat penentukuran kepada mesin mampatan dan bicu hidraulik yang cekap serta mengeluarkan laporan dalam tempoh seperti di bawah:-

  • Penentukuran di makmal JKR 1 minggu
  • Penentukuran di premis luar 2 minggu

3) Pemeriksaan kuari serta keputusan pengujian ke atas batu keluarannya akan diberi dalam tempoh 1 bulan.

4) Kerja-kerja penyiasatan tapak dan rekabentuk asas tapak bangunan, jalanraya dan jambatan akan diberi dalam tempoh 3 bulan.

5) Kerja-kerja penyiasatan ke atas kawasan yang terjejas oleh hakisan dan tanah runtuh serta cara-cara pengawalan dan cara-cara membaik pulih akan siap dalam tempoh antara 3 bulan hingga 6 bulan.

OBJEKTIF

Untuk memastikan rekabentuk yang ekonomik dan selamat pada struktur jalanraya dan tapak asas berbagai struktur yang lain. Atau,

Untuk memastikan keselamatan dan rekabentuk asas yang ekonomik bagi struktur yang pelbagai dengan penyiasatan tapak dan ujian makmal untuk permukaan jalan yang rata dan berkualiti , struktur turapan yang tahan lama oleh kawalan kualiti ke atas kepadatan lapangan dan bahan.

FUNGSI

  • Menyiasat struktur lapisan di bawah permukaan tanah tapak cadangan projek bangunan, jalan raya dan jambatan kerajaan di seluruh negeri dan mengemukakan laporan geoteknikal.
  • Menentukan kualiti kerja pembinaan berdasarkan kaedah musnah dan tanpa musnah.
  • Mengadakan kawalan kualiti ke atas kerja dan bahan binaan bagi projek kerajaan di seluruh negeri.
  • Membuat ujian makmal ke atas bahan binaan yang dikemukakan oleh penyelia projek kerajaan ataupun swasta.
  • Menjalankan audit kualiti di pejabat JKR daerah di seluruh negeri.
  • Menjalankan penilaian kekuatan struktur jalan raya di seluruh negeri.