Lebuhraya

MOHAMMAD SAFRI BIN ABD HABI
Ketua Penolong Pengarah/Lebuhraya

Alamat:
Tingkat 3, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: MohdSafri.AbdHabi@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Lebuhraya mengurus kesemua projek jalan dibawah peruntukan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Ini melibatkan perancangan, rekabentuk dan pembinaan sistem rangkaian lebuhraya di Negeri Sabah

PIAGAM PELANGGAN

Kami berkomited sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang cekap seperti berikut :-

  • Menubuhkan sistem rangkaian jalan raya yang efisien di seluruh Sabah dengan kerjasama Agensi Persekutuan
  • Merancang, merekabentuk dan membina Jalan Raya yang berkualiti dan Lebuhraya selaras dengan Arahan Teknik (Jalan) dan Piawaian Spesifikasi Antarabangsa
  • Memulihkan lebuhraya yang sedia ada sejajar dengan piawaian penyenggaraan untuk menangani bilangan trafik yang bertambah dan mewujudkan infrastruktur pengurusan trafik yang efisien.
  • Sentiasa menambahbaikkan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam pelaksanaan dan pengurusan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomik dan keberkesanan kerja-kerja yang berkualiti dan terbaik.

Sebagai tambahan, kami berjanji :-

  • Memastikan para pengguna jalan raya dapat menikmati perjalanan dengan selamat, mudah dan selesa.
  • Setiap penutupan jalan yang dijadualkan akibat oleh pembinaan jalan akan diumumkan melalui sebaran am sekurang-kurangnya 48 jam sebelum ianya dijalankan.
  • Surat menyurat akan dilakukan dan jawapan harus diberi dalam tempoh seminggu
  • Tuntutan pembayaran mesti diperiksa dalam tempoh seminggu
  • Baucer pembayaran harus disediakan dalam tempoh 3 hari sebaik-baik sahaja peruntukan diperolehi.
  • Laporan dan aduan yang diterima dari orang awam mengenai pelbagai masaalah akibat pelaksanaan projek akan disiasat dengan serta merta dan dijawab dalam tempoh 48 jam.
  • Rekabentuk yang dilukis oleh Konsultan harus diteliti dalam tempoh sebulan
  • Setelah skop kerja yang terperinci diwujudkan, dokumen tender harus disediakan dan dikemukakan ke Cawangan Ukur Bahan dalam tempoh sebulan

OBJEKTIF

  • Mewujudkan sistem rangkaian lebuhraya yang efisien di seluruh Negeri Sabah dengan kerjasama Agensi Persekutuan.
  • Merekabentuk, merancang dan membina jalan-jalan berkualiti dan lebuhraya selaras dengan Arahan Teknik (Jalan) dan piawaian antarabangsa.
  • Memulihkan jalan-jalan yang sedia ada sejajar dengan piawaian penyenggaraan untuk menangani bilangan trafik yang bertambah dan mewujudkan infrastruktur pengurusan trafik yang efisien.
  • Sentiasa menambahbaikan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam pelaksanaan dan pengurusan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomik dan keberkesanan kerja-kerja yang berkualiti dan terbaik

FUNGSI

  • Mengenalpasti projek-projek dan anggarannya untuk disenaraikan dalam cadangan Rancangan Malaysia
  • Perancangan kewangan dan penyediaan bajet tahunan bagi projek-projek yang telah diluluskan. .
  • Pengukuran terperinci, penyiasatan, rekabentuk dan penyediaan dokumen-dokumen tender bagi projek-projek yang telah diluluskan
  • Pemantauan projek, penyelarasan dan penelitian bagi projek-projek yang sedang dijalankan
  • Pentadbiran kontrak dan penyeliaan pembinaan projek.
  • Perhubungan diantara Persekutuan dan Agensi Negeri.