Kod Etika

Saya merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Kecil II (Nilai-Nilai Murni) di bawah Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) JKR yang telah berjaya menghasilkan Buku Kod Etika Jabatan Kerja Raya Sabah 2009 ini. Buku ini merupakan penambahbaikan kepada dan mengganti Buku Kod Etika Jabatan Kerja Raya Sabah 2001.

Nilai-nilai adalah kehendak (needs) yang disedari dan disukai untuk memandu tingkahlaku seseorang dan organisasi. Nilai-nilai yang terkandung dalam Kod Etika ini mengandungi Hala Tuju JKR dan nilai-nilai bersama iaitu “Profesionalisme, Mengutamakan Pelanggan dan Berorientasikan Hasil Kerja”. Kod Etika mampu mendorong anggota untuk melaksanakan ( “to execute” )sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan.

Motto JKR ialah “Sempurnakan Kerja dan Menepati Masa” (atau “Get Things Done Right and On Time”). Motto ini menuntut semua anggota memiliki matlamat yang sama untuk menterjemahkan perancangan menjadi realiti / hasil kerja yang berkesan. Bagi saya, disiplin yang perlu untuk menyempurnakan kerja adalah “Pelaksanaan” (“Execution”). “Execution” tidak berlaku begitu sahaja tetapi memerlukan tiga blok pembinaan asas (fundamental building blocks) yang kukuh iaitu:

  • Blok pembinaan pertama: Tujuh tingkahlaku penting pemimpin / anggota.
  • Blok pembinaan kedua: Membina rangkakerja bagi perubahan budaya
  • Blok pembinaan ketiga: Meletakkan anggota yang betul di tempat yang sepatutnya.

Setiap anggota hendaklah mempunyai tujuh (7) tingkahlaku penting:

  • Memahami anggota dan tanggungjawab anda
  • Utamakan “realism”
  • Tentukan matlamat dan keutamaan yang jelas
  • Ambil tindakan susulan (follow through)
  • Beri ganjaran kepada pelaksana
  • Kembangkan kebolehan anggota melalui “coaching”
  • Mengenali diri sendiri

Perubahan budaya yang berasaskan realiti kehendak pelanggan mampu mengwujudkan disiplin pelaksanaan. Ubahlah cara bekerja kita supaya hasil kerja diperolehi.

Akhir kata saya meminta kepada semua pegawai dan kakitangan JKR untuk menghayati Kod Etika JKR ini dan menjadikannya sebagai pendorong utama untuk sentiasa memberi tumpuan kepada usaha memenuhi harapan dan kehendak rakyat / pelanggan dalam memperolehi perkhidmatan terbaik dan memperkukuhkan sistem penyampaian awam JKR.

Sekian, terima kasih.

Datuk Ir. JOHN ANTHONY
PENGARAH KERJA RAYA, SABAH
April 2009

Muat-turun (Download Kod Etika)