Institut Latihan

EVELYN PIUS
Ketua Penolong Pengarah/Institut Latihan

Alamat:
Pusat Latihan Jabatan Kerja Raya,
Jalan Kepayan, 88100 Kota Kinabalu.

E-mel: Evelyn.Pius@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Institut Latihan adalah bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus/latihan dan peperiksaan yang bertujuan untuk peningkatan kemahiran dan pengetahuan, pengesahan jawatan serta kenaikan pangkat. Institut ini juga menjalankan program latihan melalui kolaborasi atau kerjasama strategik bersama dengan CIDB Malaysia, Akademi Binaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, JKR CREaTE Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Indah Water Training Centre Selangor, Kolej Vokasional Likas, Institut Latihan Perindustrian Sandakan, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan banyak lagi agensi yang lain. Selain itu, Institut ini bertanggungjawab dalam urusan pengambilan pelajar Latihan Industri di JKR Sabah.

PIAGAM PELANGGAN

Institut Latihan JKR komited dalam melaksanakan dan mengendalikan latihan dan peperiksaan yang bertujuan untuk pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat serta menambah pengetahuan dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Kumpulan sasaran (pelanggan) adalah terdiri daripada :

  1. Kakitangan JKR
  2. Kakitangan dari Jabatan Kerajaan Negeri yang lain seperti Jabatan Air, Jabatan Keretapi, Jabatan Perhutanan dan lain-lain yang berkaitan.
  3. JKR Malaysia (untuk peperiksaan sahaja)
  4. Agensi/Syarikat luar iaitu kontraktor yang telah berdaftar dengan JKR sahaja.

Tempoh pelaksanaan suatu kursus/peperiksaan :

  1. Memproses permohonan kursus/peperiksaan tidak melebihi dua (2) minggu.
  2. Mengeluarkan surat tawaran kursus/peperiksaan tidak melebihi satu (1) minggu.
  3. Memaklumkan dan menghantar surat tawaran kepada pemohon tidak melebihi (1) minggu.
  4. Keputusan dikeluarkan tiga (3) bulan dari tarikh akhir kursus/peperiksaan.
  5. Keputusan akan diberi kepada Mesyuarat Lembaga Kompetensi JKR untuk tujuan pengesahan. Mesyuarat diadakan empat (4) kali setahun.
  6. Seterusnya, keputusan mesyuarat akan dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) untuk disemak dan direkodkan sebelum dikembalikan semula kepada Institut Latihan JKR untuk proses mengeluarkan sijil.
  7. Sijil dikeluarkan tidak melebihi satu (1) minggu dari tarikh keputusan dikembalikan kepada Institut Latihan JKR. Sijil hanya akan dikeluarkan untuk peserta kursus/peperiksaan yang lulus sahaja.
  8. Mengemaskini data di laman web Institut Latihan JKR (www.juiceapac.info/jkr_exam) tidak melebihi dua (2) minggu.

Nota :
*Keputusan peperiksaan adalah dianggap SULIT sehinggalah sijil rasmi dikeluarkan.

MATLAMAT

  • Memenuhi keperluan dasar Jabatan Kerja Raya, keutamaan dan keperluan tenaga kerja.
  • Memaksimumkan potensi dan sumber tenaga kerja.
  • Menggalakkan budaya latihan dan pembelajaran.
  • Memastikan sistem taksiran yang betul.

FUNGSI

Institut Latihan berfungsi untuk merancang, merekabentuk dan melaksanakan pelbagai program latihan samada teknikal atau bukan teknikal mengikut keperluan latihan. Selain itu juga, Institut Latihan memberi peluang pembelajaran untuk kakitangan sokongan bagi peningkatan prestasi dan memenuhi keperluan bagi skim perkhidmatan serta mewujudkan tenaga kerja yang terlatih.