Dasar

1. Perlaksanaan

  • Mengoptimumkan penggunaan sumber sediada
  • Penglibatan sektor swasta dalam perlaksanaan kerja agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efesien.

2. Sumber Manusia

  • Melaksana pengambilan sumber tenaga kerja baru dan mengurusnya agar memenuhi keperluan dasar perlaksanaan.
  • Menyediakan peluang yang mencukupi dan kemudahan sesuai untuk pembelajaran dan latihan.

3. Kelengkapan

  • Memodenkan semua logi, kelengkapan serta peralatan di pejabat dan di tapak bagi menyumbang kearah peningkatan produktiviti.

4. Penyelidikan

  • Menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan kajian serta penyelidikan dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur terutamanya di Negeri Sabah.

5. Jalanraya dan Jambatan

  • Mengkaji, merancang, merekabentuk, membina, mengendali serta menyelengara jalanraya dan jambatan selaras dengan piawaian kebangsaan dan amalan kejuruteraan yang baik untuk mencapai system pengangkutan jalanraya yang efisen dan selamat sejajar dengan polisi kerajaan dan peraturan pengunaan jalanraya dan jambatan.

6. Bangunan

  • Mengkaji, merancang, merekabentuk, membina, mengendali dan menyelenggara bangunan kerajaan mengikut kod praktik dan amalan kejuruteraan serta rekabentuk yang baik agar dapat berfungsi seperti yang dikehendaki, selamat, mempunyai nilai estatika, ekonomik serta memenuhi keadaan sekitar dan selaras dengan polisi kerajaan dan peraturan yang melibatkan rekabentuk serta pengunaan bangunan awam.