Cerun

HAFEZ BIN SHABUDDIN
Ketua Penolong Pengarah/Cerun

Alamat:
Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Hafez.Shabuddin@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Cerun merupakan cawangan yang baru diwujudkan setelah pengstrukturan semula Jabatan Kerja Raya pada tahun 2005. Pada September 2009 Encik Richard Jomiji Kinsil telah dilantik untuk mengetuai cawangan ini sebagai Ketua Penolong Pengarah Cerun.

OBJEKTIF

  • Membentuk polisi pengurusan dan keselamatan cerun;
  • Menyediakan dokumen panduan untuk reka bentuk cerun dan amalan pengawasan cerun yang baik;
  • Menyediakan sistem pengurusan dan penyelenggaraan cerun; dan
  • Meningkatkan kesedaran tentang keperluan penyelenggaraan cerun dan bahaya tanah runtuh.

FUNGSI

  • Merancang, merekabentuk dan melaksana semua kerja cerun sepanjang jalan raya JKR.
  • Pengurusan dan Penyelenggaraan seluruh cerun sepanjang jalan raya JKR.
  • Berkerjasama dengan Cawangan Cerun JKR Malaysia bagi mendapatkan sokongan forensik dan teknikal.
  • Pemeriksaan tanah runtuh, langkah Pencegahan dan Pemulihan.