Audit Dalam


Ketua Penolong Pengarah/Audit Dalam

Alamat:
Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234

LATAR BELAKANG

Adalah menjadi dasar kerajaan supaya diwujudkan satu cawangan atau Unit Audit Dalam disetiap Jabatan yang mengakaun sendiri bagi menjalankan satu fungsi bebas dalam memeriksa dan menilai aktiviti Jabatan. Cawangan Audit Dalam Jabatan kerja Raya memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan atasan, dari segi pentadbiran dan fungsi auditan. Cawangan Audit Dalam bertanggungjawab terus kepada Pengarah Kerja Raya, untuk membolehkan cawangan tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Laporan ini diharap dapat perhatian pengurusan atasan kepada kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti, supaya langkah-langkah awal / positif dapat diambil demi mengatasi mengurangkan kelemahan-kelemahan sedemikian dari berulang lagi.

BIDANG TUGAS

Bidang kuasa Cawangan Audit Dalam meliputi Jurutera-jurutera Daerah/Cawangan/Unit yang mahu mempastikan peruntukkan yang di beri oleh kerajaan Negeri/Persekutuan dapat dilaksanakan oleh Jabatan

FUNGSI

Menyediakan laporan-laporan yang bebas, objektif, jelas, profesional dan tepat pada masanya mengenai operasi Jabatan Kerja Raya supaya Pengarah Kerja Raya dapat meninjau rancangan-rancangan dijalankan, samada matlamat-matlamat dicapai, wang kerajaan digunakan dengan sepatutnya dan sumber-sumber diperuntukkan dengan cekapnya.

OBJEKTIF

Objektif Utama Cawangan Audit Dalam ialah :

  • Untuk membantu mempertingkatkan keberkesanan Pengurusan JKR dengan menyediakan analisa penilain, cadangan dan maklumat tentang aktiviti yang dikaji.
  • Untuk membantu pengurusan atasan JKR dalam usaha bahawa pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan diselenggarakan dengan teratur serta program / aktiviti Jabatan Kerja Raya diuruskan dengan Cekap, Ekonomi dan berkesan. Dengan matlamat tersebut, Cawangan Audit Dalam membuat analisa dan cadangan serta memberi nasihat dan maklamat berhubung dengan aktiviti yang telah diperiksa.
  • Bertindak sebagai mekanisma “Check and Balance” untuk Jabatan.

PIAGAM PELANGGAN

Cawangan Audit Dalam adalah komited untuk menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan piawaian yang diterima umum.Kami berjanji:

  • Menjalankan pemeriksaan audit dalam tahunan untuk pejabat Jurutera Daerah dan dari masa ke semasa untuk pejabat Cawangan Ibu Pejabat.
  • Mengadakan perbincangan dengan pegawai berkenaan sewaktu atau selepas pengauditan dijalankan bertujuan menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Memberi pendapat dan syor-syor yang membina.
  • Mengemukakan laporan bertulis dalam masa 3 minggu selepas pengauditan, dan;
  • Mengambil tindakan susulan ke atas penemuan audit yang penting.