MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU SABAH AIR AVIATION

KOTA KINABALU – Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Tuan Andrew Durat Misun menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Baru Sabah Air Aviation kepada Pengerusi Sabah Air Aviation, Ybhg Kenny Chua Teck Ho, hari ini.

Sebelum itu, Majlis Menandatangani Dokumen Serah / Terima Bangunan telah disempurnakan oleh Billy Liaw, selaku Pengarah Projek Sentiasa Sentosa Enterprise, Ybhg Kenny Chua Teck Ho selaku Pengerusi Sabah Air Aviation, Rodney Linus selaku Group CEO Sabah Air Sdn Bhd, Tuan Andrew Durat Misun selaku Agensi Pelaksana, Brian Jr. Dell Junot, Jurutera Kerja dan disaksikan oleh Hilary Jonimol, Penolong Jurutera, JKR Bandaraya.

Tuan Andrew Durat mengucapkan tahniah kepada SOR Jurutera Bahagian, JKR Bandaraya, Tuan Hardy Laidin selaku agensi pelaksana dan kakitangan yang melaksanakan projek ini serta kepada kontraktor yang berusaha menjayakan projek ini biarpun dalam situasi pandemik.

Disediakan oleh : JKR Bandaraya
Disunting oleh : Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play