BACAAN YASIN DAN KENDURI TAHLIL JKR BANDARAYA

KOTA KINABALU – Bersempena bulan Ramadan yang akan menjelang tiba, JKR Bandaraya telah mengadakan bacaan yaasin dan kenduri tahlil bertempat di Dewan Mini, JKR Bandaraya yang dihadiri oleh kakitangan di sekitarnya, hari ini.

Menurut Jurutera Bahagian, Encik Hardy Laidin, beliau berpesan supaya merebut peluang memperbanyakkan ibadah, berinfak dan membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadan yang akan datang serta meminta untuk meneruskan ‘Food Bank’ yang telah disediakan di JKR Bandaraya.

Selaku Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah, beliau mempelawa kakitangan yang beragama Islam untuk menyertai persatuan tersebut di samping boleh mengikuti aktiviti keagamaan, berpeluang menziarahi ke lokasi-lokasi tamadun Islam, siri jelajah ramadan, kelas-kelas fardu ain dan fardu kifayah serta melakukan kerja-kerja kebajikan yang dirancang dari masa ke masa.

Beliau menegaskan untuk tidak mempersoalkan sumbangan yang dapat daripada menyertai persatuan tersebut sebaliknya sumbangan yang boleh diberikan kepada persatuan itu.

Beliau sempat menyampaikan sumbangan kurma kepada warga JKR Bandaraya yang hadir sebelum mengakhiri ucapan pada pagi tersebut dengan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba.

Disediakan oleh : JKR Bandaraya
Disunting oleh : Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play