KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL SEMPENA HARI POLIS KE-215

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-215

SEMPORNA – 25 Mac 2022, Bersempena sambutan Hari Polis yang ke-215. Pejabat JKR Semporna telah menerima kunjungan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Semporna untuk menyampaikan taklimat dan perkongsian berhubung Kesedaran Mengenai Ancaman Siber (Scammer) masa kini.

Taklimat dan perkongsian tersebut disampaikan oleh Inspektor Safri dari IPD Semporna.

Antara intipati taklimat yang disampaikan ialah nasihat kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam sebarang urusan berkaitan transaksi perbankan seperti tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan akaun bank dengan mudah tanpa usul periksa.

Antara kes yang banyak berlaku adalah merangkumi ‘Perniagaan Online’ ‘Love Scam’, ‘Pinjaman Tidak Wujud’ dan pelbagai lagi.

Jurutera Daerah JKR Semporna, Tn. Mohd Fauzi Zikiri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Yang Ke-215 dan seterusnya beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna kerana sudi meluangkan masa untuk menyampaikan taklimat dan perkongsian khususnya kepada warga kerja JKR Semporna.

Semoga dengan perkongsian tersebut, ia dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai agar tidak terperangkap dan seterusnya menjadi mangsa kepada “Scammer”.

Polis & Masyarakat Berpisah Tiada!

Tabik hormat buat Sang Saka Biru!

Disediakan oleh: JKR Daerah Semporna
Disunting oleh: Unit Media Sosial, Caw Korporat JKR Sabah.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play