PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KETUA PENOLONG PENGARAH CAWANGAN SUMBER MANUSIA

KOTA KINABALU – Penyerahan Nota Serah Tugas, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Puan Dayang Selha Ibrahim kepada Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Haji Ali Ahmad bin Hamid, hari ini.

Puan Dayang Selha Ibrahim mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri pada tahun 1985 sebagai Kerani PPA dan beliau berkhidmat di pelbagai jabatan dan kementerian sebelum ditukarkan ke Cawangan Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah pada tahun 2019 sehingga kini sebagai Ketua Penolong Pengarah.

Di samping menjadi Pekerja Terbaik pada tahun 2020, beliau juga aktif dalam bersukan dan melakukan kerja-kerja amal.

Dalam kesempatan itu juga, kakitangan Cawangan Sumber Manusia turut menganjurkan majlis ringkas bagi meraikan serta penghargaan kepada beliau yang akan berpindah ke Jabatan Bendahari Negeri.

Kami warga Jabatan Kerja Raya Sabah mengucapkan tahniah di atas pelantikan Puan Dayang Selha Ibrahim dan terus maju jaya di jabatan baru. Selamat bertugas serta penghargaan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Sabah.

Disediakan oleh : Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play