MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP SK BUGAYA, SEMPORNA

SEMPORNA – Para pelajar yang akan memulakan pembelajaran pada minggu hadapan di SK. Bugaya, Semporna akan menikmati suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif dengan siapnya Projek Pembaikan Struktur dan Pendawaian Elektrik Di SK. Bugaya, Semporna.

Dalam majlis penyerahan projek siap yang diadakan pada 18 Mac 2022, Jurutera Daerah, Tn. Mohd Fauzi Zikiri memaklumkan bahawa projek ini telah siap sepenuhnya pada 15 Februari 2022 dengan skop kerja merangkumi pembaikan struktur, kerja-kerja penggantian bumbung, mengecat semula serta memasang sistem pendawaian elektrik termasuk lampu dan kipas.

Turut hadir dalam majlis penyerahan projek siap tersebut ialah Penolong Kanan 1 SK. Bugaya Cikgu Zakiah Binti Haji Punding yang mewakili Guru Besar, Tuan Mohd Soffian Bin Umarabar, wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Ir. Judith Julianus dan Ir. Khairul Amrey Bin Abu Seman, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Semporna En. Razis, Guru Pembangunan, Cikgu Banua, Pen. Jurutera JKR Semporna, Pn. Sitti Khalizah, Pen. Jurutera Elektrik, Tn. Amir, Pen. Jurutera Mekanikal, Tn. Firhan, kontraktor utama D’Qalbi Enterprise dan NSC Indah Kurnia selaku kontraktor bagi kerja-kerja pendawaian elektrik.

Cikgu Zakiah Binti Hj. Punding menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) yang telah meluluskan permohonan untuk melaksanakan pembaikan struktur sekolah ini.

Pihak sekolah juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya Sabah yang menjadi agensi pelaksana dan menyelia kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan.

Disediakan oleh: JKR Semporna.

Disunting oleh : Unit Media Sosial, Cawangan Pembangunan & Korporat.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play