LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH SEKTOR JERAYA JKR SABAH KE JKR DAERAH SEMPORNA.

SEMPORNA – 10 March 2022, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Tuan Philemon Lajawai telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Semporna.

Dalam lawatan kerja tersebut, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek yang turut dihadiri oleh Jabatan Tanah dan Ukur, PPHT Semporna, PPHT Kunak, Jabatan Pertanian Semporna, Jabatan Air dan SESB.Jurutera Daerah JKR Semporna, Tuan Mohd Fauzi Zikiri juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut bersama Penolong Jurutera En. Mohd Fellani.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada agensi terlibat dan mengukuhkan jalinan kerjasama yang erat antara agensi dalam memastikan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Tuan Philemon Lajawai juga turut mengadakan lawatan tapak ke Projek Jalan Gading-Gading untuk meninjau sendiri perkembangan terkini pelaksanaan projek tersebut yang sedang dalam pembinaan.

Disediakan oleh: JKR Daerah Semporna.
Disunting oleh: Unit Media Sosial,Caw Pembangunan & Korporat,JKR Sabah.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play