MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN(MoU) LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA(BEM) DENGAN JKR SABAH

KOTA KINABALU – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman(Mou) Lembaga Jurutera Malaysia(BEM) dengan JKR Sabah dilangsungkan pada pagi ini di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah.

Dalam ucapan Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid, “dengan penubuhan Pejabat Sekretariat BEM di jabatan ini, hubungan Orang Berdaftar dari Sabah dan BEM dapat dieratkan dengan komunikasi yang lebih efisien”.

“Aktiviti atau operasi yang perlu dijalankan secara fizikal boleh dibuat atau ditadbir oleh Pejabat Sekretariat BEM Sabah dengan lebih lancar dan kos efektif seperti Peperiksaan Kompetensi Profesional(PCE), seminar dan kerja penyiasatan.”

Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid.

“Pejabat Sekretariat BEM ini bertujuan untuk menyediakan sokongan pentadbiran dan kemudahan bagi BEM menjalankan fungsinya di negeri Sabah dan Sekretariat dari Ibu Pejabat, dapat menjalankan tugas, tanggungjawab dan peranannya dengan lebih efektif,” kata Presiden BEM, Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Presiden BEM, Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan Ahli-Ahli Lembaga Jurutera Malaysia(BEM).

Disediakan oleh : Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play