SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT CAWANGAN SUMBER MANUSIA 2022

KOTA KINABALU – Cawangan Sumber Manusia telah mengadakan sambutan Hari Wanita pada 7 Mac 2022, semalam yang bertemakan #BreakTheBias.

Acara pada pagi itu dimulai dengan bacaan doa serta diikuti dengan ucapan perasmian daripada Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Dayang Selha Ibrahim.

Deklamasi sajak telah disampaikan oleh Puan Dayang Selha Ibrahim dan persembahan nyanyian oleh Puan Zuraidah Mohamad dari Cawangan Lebuhraya.

Dalam kesempatan itu juga, Encik Ali Sambun dari Cawangan Elektrikal dijemput untuk menunjukkan Demo Penggunaan ‘First Aid’ semasa berlakunya kemalangan di tempat kerja.

Acara kemuncak pada pagi itu adalah acara memotong kek sambutan Hari Wanita dan bagi kakitangan yang lahir pada bulan Februari.

Disediakan oleh : Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play