KK CHALLENGE 2022 – THE ULTIMATE PAINTBALL BATTLE TOURNAMENT

KOTA KINABALU – JKR Bandaraya Kota Kinabalu telah menghantar sebuah pasukan paintball
iaitu Kinabalu Hunters dalam KK Challenge 2022 – The Ultimate Paintball Battle Tournament
pada 5 – 6 Mac 2022 di Padang Bola Sepak KSKK A (Likas) yang dipertandingkan dalam 3 kategori iaitu Kategori Open, Novice dan Rookie yang telah disertai oleh 7 buah pasukan daripada Sabah dan Sarawak.

Kinabalu Hunters telah menyertai Kategori Novice dan ahli pasukan terdiri daripada kakitangan JKR Bandaraya Kota Kinabalu sendiri iaitu Brian Jr Dell Junot, Yusof @ Azmi Sulaiman, Fadil Jamaludin, Norjela Jerin, Mohd Rafie bin Amat Jutrah, Alifah Adaha Asmawie dan Masrul Mastan. Pengurus Pasukan Kinabalu Hunters adalah Brenda J. Takom dan Maryani Mokhtar manakala Jurutera Bahagian, Encik Mohd Hardy Laidin sebagai Penasihat.

Beliau berkata penyertaan pada kali ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pasukan Kinabalu Hunters dalam pertandingan Paintball. Juara Kategori Novice dimenangi oleh KPK dari Sarawak dan Naib Juara dimenangi oleh Splatz1 Pengayau dari Sabah.

Disediakan oleh : Brenda J. Takom – JKR Bandaraya Kota Kinabalu

Disunting oleh : Unit Media Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play