PROGRAM GOAL SETTING WORKSHOP 2022 JABATAN KERJA RAYA SABAH

SANDAKAN – Pada 17 & 18 Januari 2022, Jabatan Kerja Raya Sabah telah mengadakan satu program tahunan yang biasa diadakan pada setiap awal tahun iaitu Program Goal Setting Workshop 2022 yang bertempat di The Pavilion Hotel, Sandakan dengan bertemakan “Kerja Berpasukan Dan Komited Ke Arah Kecemerlangan Organisasi”.

Barisan hadapan : Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad Bin Hamid, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal Tuan Hj. Arman Abd Muin, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan Tuan Hj. Kamaluddin Hj. Ag Abas, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya Tuan Philemon Lajawai.
Barisan pegawai : Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Jurutera – Jurutera Bahagian dan Jurutera – Jurutera Daerah JKR Sabah.

Turut hadir Yang Berbahagia Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad Bin Hamid, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal Tuan Hj. Arman Abd Muin, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan Tuan Hj. Kamaluddin Hj. Ag Abas, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya Tuan Philemon Lajawai, Ketua – Ketua Penolong Pengarah, Jurutera – Jurutera Bahagian serta Jurutera – Jurutera Daerah JKR Sabah.

Dalam ucapan Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad Bin Hamid, meminta semua Kakitangan dan Pegawai-Pegawai JKR Sabah agar lebih responsif dalam setiap tugasan dan bergerak dalam satu pasukan untuk jadikan Jabatan kita sebagai satu Jabatan yang responsif. Beliau juga meminta semua Pegawai-pegawai JKRS untuk menambahbaik sistem kerja seperti isu-isu perancangan awal yang tidak bersepadu, penyediaan projek write-up dan komunisasi pelaksanaan daerah-daerah dan Ibu Pejabat.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad Bin Hamid sedang menyampaikan ucapan dan taklimat.

Disediakan oleh : Unit Media Cawangan Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play