TEAM BUILDING PAINTBALL TOURNAMENT 2022

KOTA KINABALU – 15 Januari 2022 Bertempat di Kota Kinabalu Paintball Centre, JKR bandaraya telah menganjurkan JKR KK (Team Building) Paintball Tournament 2022. Acara ini turut disaksikan oleh Tuan Mohd Affendy Jamaludin, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Negeri Sabah, Tuan Hafez Shahbudin Ketua Penolong Pengarah Cawangan Cerun, dan sukan ini telah rasmikan oleh Tuan Philimon Lajawai Timbalan Pengarah Sektor Jeraya.

Timbalan Pengarah sektor Jeraya Tuan Philemon Lajawai memberi sedikit ucapan sekaligus merasmikan JKR KK (Team Building) Paintball Tournament 2022

Dalam ucapan Jurutera Bahagian Mohd Hardy Laidin berkata,
Objektif penganjuran tournament ini diadakan adalah untuk membina jati diri setiap individu dan beliau juga berharap semangat kerjasama dapat diperolehi dan sama-sama maju dalam pasukan, potensi dan semangat kerjasama dikalangan pasukan yang mana akan dapat menyumbang kepada pertambahan produktiviti jabatan.

Jurutera Bahagian En. Hardy Laidin menyampaikan cendera kenangan kepada Tuan Philemon Lajawai, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya kerana merasmikan Team Building Paintball Tournament 2022.
Jurutera Bahagian En. Hardy Laidin Menyampaikan sijil penghargaan kepada Tuan Aaron. Dikanan ialah Puan Izyan Syazwani Julkifli selaku pengerusi penganjur serta barisan-barisan pemenang Tournament Paintball 2022 kumpulan Fadil.

Selain memberi manafaat kepada kakitangan, penganjuran seperti ini juga
sedikit sebanyak dapat membantu para pengusaha yang terkesan dari pandemik yang melanda negara pada masa ini.
Tournament Paintball pada kali ini di juarai oleh Team Fadhil, naib johan Team Izyan dan pemenang bersama tempat ketiga Team Roselyn dan Team Brian.


Disediakan oleh : Pn Ibini Aminah Abdullah – JKR Bandaraya Kota Kinabalu

Disunting oleh : Unit media Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play