MAJLIS UCAPAN MANDAT AWAL TAHUN JURUTERA BAHAGIAN, JKR BANDARAYA

Oleh Ibini Aminah Abdullah

KOTA KINABALU – Pada 12 Januari 2022, pada pukul 9.30 pagi, satu Majlis Ucapan Mandat Awal Tahun Jurutera Bahagian Kota Kinabalu, Encik Mohd Hardy Laidin @Saidin telah diadakan di Dewan Serbaguna, JKR Bandaraya sempena tahun baru kepada seluruh kakitangan JKR Bandaraya.

Dalam ucapannnya, beliau berharap agar ketua-ketua seksyen mengekalkan momentum yang berterusan dalam mengejar goal setting yang telah ditetapkan di samping melaksanakan tugas-tugas seharian.

Di samping itu, beliau juga ingin mengambil salah satu tunggak yang terdapat dalam tunggak 12 iaitu keseronokan bekerja, di mana beliau akan melaksanakan program-program di masa akan datang bertujuan untuk mewujudkan “Team Building” di kalangan kakitangan di mana kerjasama yang diwujudkan melalui aktiviti tersebut diharap akan dapat diaplikasikan dalam melaksanakan tugas seharian.

Beliau juga sempat mengingatkan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan amanah sebagai penjawat awam yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat. Dalam mandat beliau awal tahun ini juga menekankan untuk patuh dalam disiplin sebagai penjawat awam.

Pada hari tersebut, beliau juga telah menyerahkan baju T-Shirt sebagai pakaian seragam untuk digunakan pada program-program akan datang.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play