LAWATAN KERJA KEMENTERIAN KERJA RAYA SABAH

SEMPORNA, 10-11 Januari 2022 – Lawatan kerja Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Mohd Jasmin Bin Julpin selama dua (2) hari di daerah Semporna telah berjaya diadakan.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melihat aset dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan-Jabatan yang berada dibawah KKRS.

Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah Pegawai Daerah Semporna Tuan Juraimin Hj. Jadil, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Tuan Maswandie Maimoon, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah Tuan Ir. Mohd Nadzree Imran, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna Tuan Ali Adam Haji Hamjah, Pegawai Jabatan Air.

JKR Daerah Semporna yang diketuai oleh Tuan Mohd Fauzi juga turut serta dalam lawatan kerja selama dua (2) tersebut bersama dengan Penolong Jurutera Tuan Mohd Fellani dan Tuan Abdul Halim.

disediakan oleh: Buletin JKR Semporna
disunting oleh: Amirah Farhana Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan Korporat.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play