KEROSAKAN RANGKAIAN JALANRAYA UTAMA?

Untuk makluman, Jalan-Jalan Persekutuan di Negeri Sabah diwartakan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia dan jumlah panjang Jalan Persekutuan di Negeri Sabah adalah 1,407.80KM. Jalan-jalan ini diberi nama laluan dan di selenggara oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) melalui konsep penswastaan di bawah syarikat konsesi yang dilantik. Berikut adalah butiran Jalan-Jalan Persekutuan yang terdapat di Negeri Sabah. 

 BIL NO. LALUAN NAMA JALAN 
R1 Jalan Kota Kinabalu – Kudat 
R1 Jalan Kota Kinabalu – Sindumin 
R13 Jalan Sandakan – Tawau 
R22 Jalan Kota Kinabalu – Sandakan 
R501 Jalan Kota Kinabalu – Penampang – Lok Kawi 
R502 Jalan Beaufort – Menumbok 
R503 Jalan Berungis – Kota Belud 
R600 Jalan Stesen TV Lawa Mandau 
R606 Jalan Susur Sepanggar Bay 
10 R607 Jalan Masuk Ke Pelabuhan Baru 
11 R608 Jalan Masuk Ke Lapangan Terbang Lama 
12 R500 Jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom 
13 R601 Jalan Stesen TV Beacon 
14 R602 Jalan Stesen TV Tampasak 
15 R603 Jalan Stesen TV Kudat 
16 R604 Jalan Stesen TV Kota Marudu 
17 R605 Jalan Stesen TV Tawau 
18 R1800 Jalan Felda Umas – Umas 
19 R1805 Jalan Felda Sahabat 

Sebagai makluman, sebanyak 7.40% bersamaan dengan 104.20KM Jalan Persekutuan sedia ada adalah dalam kondisi 4 iaitu jalan dalam keadaan sangat teruk. Manakala sebanyak 44% bersamaan dengan 619.40KM adalah dalam kondisi 5 iaitu jalan dalam keadaan kritikal. Sehubungan dengan itu, Jabatan Kerja Raya Sabah telah mengambil langkah sewajarnya dengan memohon peruntukan daripada pihak KKRM sejak tahun 2019 untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan di Negeri Sabah. 

Berikut adalah perincian anggaran peruntukan tahunan dan peruntukan yang diluluskan bagi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di Negeri Sabah sepanjang tahun 2019 – 2021: 

Merujuk kepada perincian di atas, sebanyak RM104 juta iaitu 48.37% daripada peruntukan yang dimohon telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelengaraan Jalan Persekutuan di Negeri Sabah dalam tahun 2021. Walau bagaimanapun, peruntukan yang telah disalurkan ini adalah tidak mencukupi bagi memastikan keadaan Jalan Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat sepanjang masa. Kekangan peruntukan ini telah menyebabkan kerja –kerja penyenggaraan jalan yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun semasa tergendala dan mengakibatkan keadaan jalanraya di sepanjang Jalan Persekutuan Negeri Sabah bertambah teruk ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang tahun di negeri ini. 

Hasilnya, ramai pengguna jalanraya melahirkan rasa tidak puas hati melalui platfom media sosial. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej jabatan dan Kerajaan Negeri Sabah dan pihak KKRM sebagai pemilik aset dalam menangani isu-isu penyenggaraan jalanraya. Dari segi keselamatan, jalan-jalan yang telah dikenalpasti untuk disenggara pada tahun semasa dijangka boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya. 

Jabatan ini turut berpandangan bahawa kerja-kerja pemulihan adalah diperlukan di sebahagian besar Jalan Persekutuan dan juga lebuhraya Pan Borneo sedia ada disebabkan jangka hayat rekabentuk jalan tersebut yang telah melebihi tempoh sepatutnya. 

Untuk makluman, Cawangan Lebuhraya Pan Borneo baru sahaja memulakan pelaksanaan projek menaiktaraf jalanraya yang melibatkan laluan R22, iaitu Jalan Kota Kinabalu-Sandakan bagi Work Package (WP) 28, 29 dan 30 pada tahun lepas. Jajaran jalan ini juga telah diserahkan kepada pihak kontraktor bagi tujuan penaiktarafan jalan. 

Skop penyelenggaraan rutin jalan raya sediaada adalah termasuk dalam kontrak Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Skop kerja ini adalah di bawah kontraktor utama yang dilantik di mana ianya merupakan skop kerja yang sama seperti yang dilakukan oleh pihak konsesi bagi penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan. 

Jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh pihak JKR Sabah telah ditubuhkan bagi keseluruhan 15 pakej kerja yang sedang berjalan. Jawatankuasa ini bertujuan bagi memastikan pemantauan kepada kerosakkan jalan dapat dikenalpasti dan seterusnya kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Terdapat 15 pakej kerja yang sedang berjalan bagi keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Berikut merupakan pakej-pakej yang sedang dalam pembinaan; 

  1. WP1: MENAIKTARAF JALAN DARI SINDUMIN KE KG. MELALIA (28.5KM)
  2. WP2: MENAIKTARAF JALAN DARI KG. MELALIA KE BEAUFORT (34.7KM)
  3. WP3: MENAIKTARAF JALAN DARI BEAUFORT BONGAWAN (22.4KM)
  4. WP4: MENAIKTARAF JALAN DARI BONGAWAN KE PAPAR (23.2KM)
  5. WP5: MENAIKTARAF JALAN DARI SIMPANG PAPAR SPUR KE DONGGONGON (11.7KM)
  6. WP6: MENAIKTARAF JALAN DARI PUTATAN KE INANAM (19.6KM)
  7. WP7: MENAIKTARAF JALAN DARI INANAM KE SEPANGGAR (9.9KM)
  8. WP8: MENAIKTARAF JALAN DARI SEPANGGAR KE BULATAN BERUNGGIS (11.7KM)
  9. WP10: MEMBINA JALAN DARI PITURU KE RAMPAYAN LAUT (32.2KM)
  10. WP15: MENAIKTARAF JALAN TAWAU KE SEMPORNA (5.0KM)
  11. WP21: MEMBINA JALAN LAHAD DATU BYPASS (6.9KM)
  12. WP27: MENAIKTARAF JALAN DARI KG. LOT M KE SANDAKAN MILE 32 (18.1KM)
  13. WP28: MENAIKTARAF JALAN DARI SANDAKAN MILE 32 KE MOYNOD (21.7KM)
  14. WP29: MENAIKTARAF JALAN DARI MOYNOD KE SAPI NANGOH (20.4KM)
  15. WP30: MENAIKTARAF JALAN DARI SAPI NANGOH KE SG. BAOTO (16.8KM)

Untuk info, jalan-jalan yang mengalami kerosakan teruk dan sering mendapat aduan awam ialah di pakej kerja WP28, WP29, WP30 iaitu jalan dari Kg. Baoto Telupid ke Batu 32, Sandakan. Ketiga-tiga pakej ini baru sahaja memulakan pembinaannya pada bulan Oktober 2021. Pengambil alihan tapak telah diberikan kepada pihak kontraktor utama pada 15 Oktober 2021, sejurus selepas pengambil alihan tapak tersebut, skop kerja penyelenggaraan jalan raya diserahkan kepada pihak kontraktor. Pihak kontraktor utama telah mula menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan namun atas faktor cuaca dan kadar kerosakan yang agak teruk, proses pembaikan di sesetengah kawasan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki. Walaubagimanapun, proses penyelenggaraan dan pembaikan ini akan sentiasa berjalan dari masa ke semasa sehinggalah pakej-pakej projek lebuhraya Pan Borneo Sabah ini disiapkan yang mana dijangka siap pada penghujung tahun 2024. 

Pihak JKR Sabah juga ingin menjelaskan apabila situasi cuaca yang tidak mengizinkan (hujan lebat) dimana kerja-kerja pembaikan jalan seperti pothole patching terpaksa dilakukan menggunakan kaedah sementara iaitu menggunakan crusher run bagi membolehkan kenderaan awam dapat melalui jalan tersebut dengan selamat. Kaedah pembaikan secara kekal (permenant) akan dilakukan secepat mungkin selepas cuaca beransur baik. 

Untuk makluman tambahan, sebelum projek lebuhraya Pan Borneo ini dilaksanakan, Jajaran jalan Telupid ke Sandakan ini telah diklasifikasikan sebagai Kategori 5 (Unmaintainable Road) oleh Cawangan Penyenggaraan Jalan , JKR Sabah. Oleh kerana faktor itu, jajaran pakej WP28, WP29, WP30 dilaksanakan terlebih dahulu bagi mempertingkatkan keselesaan pengguna jalan di kawasan tersebut. 

GAMBAR 1: PAPAN TANDA HAD LAJU KENDERAAN MEMASUKI KAWASAN PEMBINAAN 
GAMBAR 2: PAPAN TANDA AMARAN MEMASUKI KAWASAN PEMBINAAN 
GAMBAR 3: KERJA-KERJA PEMBAIKAN JALAN (POTHOLE PATCHING) DI JALAN SEDIA ADA 
GAMBAR 4: KERJA PEMBAIKAN JALAN YANG TELAH SIAP 

Disediakan oleh: Mohd Shamsul Nizam Bin Abdul Wahid (Ketua Penolong Pengarah Projek Lebuhraya Pan Borneo / Pengawasan & Pemantauan)
Disunting oleh: Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan Korporat.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play