PROGRAM AWAL TAHUN BAHARU 2022 JKR KOTA BELUD

Oleh Admin Yahing @ Yahim

KOTA BELUD – Pada 6 Januari 2022, JKR Kota Belud telah mengadakan satu aktiviti dinamakan Program Awal Tahun Baharu 2022 JKR Kota Belud yang bertemakan “Pejabat Selamat Kita Selesa, Pejabat Rumah Kedua” hasil idea yang dicetuskan sendiri oleh Jurutera Bahagian Pantai Barat Utara, Ir. Jamilah Tukang.

Program yang julung kali diadakan tersebut telah dijalankan dengan beberapa pengisian iaitu Pertandingan Keceriaan, Kebersihan Unit, Ruang Kerja Selesa dan Penjagaan Kenderaan Jabatan yang dipertandingkan sama ada secara berkumpulan atau individu.

Pertandingan tersebut telah dinilai oleh para juri yang dijemput khas dari Ibu Pejabat JKR dan JKR Bandaraya Kota Kinabalu.

Sesuai dengan tema program tersebut, kakitangan JKR Kota Belud sedikit sebanyak telah diberikan motivasi akan pentingnya wujud suasana ceria sama ada dalam mahupun luar pejabat perlu dijaga dan dipelihara umpama rumah kedua.

Kemuncak program tersebut adalah penyampaian anugerah berupa sijil penghargaan dan hadiah kepada para pemenang.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play