LAWATAN KERJA SUT KKRS KE DAERAH SEMPORNA

Oleh Sheila Kadir

SEMPORNA – Lawatan Kerja Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Mohd Jasmin bin Julpin selama dua hari di daerah Semporna telah berjaya diadakan pada 10 – 11 Januari 2022.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melihat aset dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan yang berada dibawah KKRS.

Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah Pegawai Daerah Semporna, Tuan Juraimin Hj. Jadil, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Tuan Maswandie Maimoon, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah, Tuan Ir. Mohd Nadzree Imran, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna, Tuan Ali Adam Haji Hamjah, Pegawai Jabatan Air.

JKR Daerah Semporna yang diketuai oleh Tuan Mohd Fauzi Zikiri juga turut serta dalam lawatan kerja selama dua hari tersebut bersama dengan Penolong Jurutera, Tuan Mohd Fellani dan Tuan Abdul Halim.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play