LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH l / MENTERI KERJA RAYA SABAH

KALABAKAN,SERUDONG-SIMANGGARIS INDONESIA, 08/01/2022 – Lawatan Yang Berhormat Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya Sabah di teruskan bersama Rombongan Kementerian Kerja Raya Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah(UPEN) dan Jabatan Kerja Raya Sabah, menuju ke lawatan tapak Cadangan Membina Jalan Kalabakan ke Simanggaris Indonesia.

Projek cadangan ini merupakan projek yang akan menghubungkan perbatasan Kalimantan Indonesia dan Sabah, Malaysia sepanjang 30KM (A708). Simpang masuk cadangan jalan ini terletak 80KM dari pusat bandar Tawau dan lebih kurang 6KM dari bulatan Kalabakan melalui Jalan Sapulut ke Kalabakan. (DPW) Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir haji Ali Ahmad bin Hamid berkata dalam sesi temuramah, projek ini dijangka akan menjadi game changer kepada ekonomi Daerah Tawau dan Kalabakan dan merupakan entry point Pos Batas lintas Darat Malaysia Indonesia, inland port berserta Kompleks CIQ adalah perlu bagi memastikan kawalan entry point yang bersepadu.

Sebagai makluman, Kerajaan Republik Indonesia telah menyiapkan Jalan mereka sepanjang 7KM dari Simanggaris sehingga perbatasan Sabah, Malaysia. Yang Berhormat Menteri Datuk Seri Bung Moktar bin Radin akan memohon semula peruntukan yang telah ditarik balik semasa Kerajaan sebelum ini, beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan dan meluluskan permohonan peruntukan cadangan projek ini agar dapat disempurnakan bagi menjaga imej Negara Malaysia.

Disediakan oleh: Amirah Farhana Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play