LAWATAN RASMI KERJA TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA SABAH

LAHAD DATU – TAWAU, 07/01/2022 – Rombongan Lawatan YBM Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin, Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Kerja Raya Sabah di teruskan pada pagi ini ke Projek Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo, Pakej WP21, Membina Jalan Lahad Datu bypass.

Turut hadir, Datuk Ir. Haji Ali Ahmad bin Hamid, Pengarah Kerja Raya Sabah bersama Ketua Penolong Pengarah Pengawasan dan Pemantauan, Sektor Pan Borneo, Tuan Ir. Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid. Projek yang menyambungkan Sandakan ke Lahad Datu dan menghubungkan Lahad Datu ke Semporna sepanjang 7 kilometer. Pakej ini dijangka selesai pada tahun ini. YBM menyarankan agar projek ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Projek Membina Masjid Firdaus, Kampung Sepagaya, Lahad Datu bersama rombongan. Projek pembinaan masjid ini juga di jangka siap sepenuhnya pada tahun ini.

Setelah selesai solat Jumaat, rombongan YBM diteruskan ke Pejabat Daerah Lahad Datu bagi mendengar taklimat ringkas daripada Pegawai Daerah Lahad Datu, Mohammad Ayub bin Haji Yakub, diikuti dengan pembentangan daripada Jurutera Daerah Jabatan Air Lahad Datu dan seterusnya pembentangan daripada Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Lahad Datu iaitu Tuan Mohammad Izam bin Jamal.

Seterusnya, rombongan bergegas menuju ke Tawau bagi meninjau tapak Projek Pan Borneo, Pakej 15, Pelaksanaan Projek Menaiktaraf Jalan Tawau ke Semporna (Tawau ke Sandakan) kepada jalan 2 hala Tawau, Sabah, Pakej 1 Fasa 2 (kerja penyiapan). Jurutera Bahagian Tawau iaitu Puan Ir. Aishahturizdah Ashgul sempat memberi penerangan di tapak projek tersebut. YBM turut menggesa agar projek ini dapat di siapkan secepat mungkin.

disediakan oleh: Amirah Farhana, Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan dan Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play