LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH l / MENTERI KERJA RAYA SABAH

MAROTAI-KALABAKAN, 08/01/2022 – Lawatan Yang Berbahagia Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya Sabah bersama rombongan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Sabah diteruskan ke tapak lokasi Projek Pembaikan Cerun-Cerun di Jalan Marotai Kalabakan, Pakej 2 di KM41, Tawau, Sabah (Unfinished Works) di Daerah Kalabakan. 

Menurut penerangan dari Ketua Penolong Pengarah Cerun Tuan Hafez bin Shabuddin bersama Jurutera Bahagian Puan Ir Aisyahturizdah binti Ashgul, proses penyerahan tapak projek tersebut kepada kontraktor yang berjaya dilantik telah dilakukan pada 31 Disember 2021. Kerja-kerja akan dijangka siap dalam tempoh 16 bulan. Projek pembinaan/pembaikan cerun di lokasi ini pada asalnya dilaksanakan pada tahun 2016. Namun perlaksanaan projek tersebut tergendala berikutan kegagalan kontraktor asal untuk menyiapkannya. 

Projek ini bertujuan untuk menstabilkan keadaan cerun dan seterusnya melindungi aset jalan serta pengguna jalan di lokasi tersebut. Turut hadir di lawatan tersebut ialah Datuk Jasmin Julpin (Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah) dan Datuk Ir Hj Ali Ahmad Hamid (Pengarah Kerja Raya Sabah).

Disediakan oleh: Norazriyana Unit Media Korporat, Cawangan Pembangunan Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play