LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA SABAH

LIBARAN, SANDAKAN, 06/01/2022 – Dalam keadaan cuaca yang kurang baik dan tidak mengizinkan, walau bagaimanapun lawatan kerja rasmi YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin, Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya Sabah bersama Rombongan Kementerian Kerja Raya bersama Jabatan Kerja Raya Sabah tetap di teruskan bagi melawat Projek Membina Jalan Libaran bypass Sandakan (Pakej 4).

YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin dan rombongan melawat Projek Membina Jalan Libaran bypass Sandakan.

Projek ini banyak mendapat aduan daripada penduduk setempat. Isu daripada tinjauan adalah Abutment Bridge Collapse (penyanggah jambatan runtuh) akibat perubahan struktur tanah yang mendap. YBM menyarankan agar pembinaan jambatan dapat disegerakan. Sementara itu, siasatan keatas punca kegagalan struktur abutments harus diteruskan.

Beliau juga menggesa agar pihak KKRM menyegerakan penyaluran peruntukan tambahan sebanyak RM10 Juta bagi penyiapan jambatan tersebut untuk kebaikan masyarakat setempat.

Disediakan Oleh Amirah Farhana Unit Media Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play