KINABATANGAN, 05/01/2022 – Lawatan Kerja Rasmi Yb Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin Timbalan Ketua Menteri I / Menteri kerja Raya Sabah bersama Rombongan Lawatan, Kementerian Kerja Raya Sabah, Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Sabah diteruskan ke kawasan Pantai Timur di Pejabat Daerah Kinabatangan bagi mendengar taklimat pembangunan daerah Kinabatangan.
YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin mendengar taklimat Pembangunan Daerah Kinabatangan
Selesai daripada taklimat Pembangunan Daerah Kinabatangan, Kementerian Kerja Raya bersama pihak Jabatan Kerja Raya Sabah sempat melawat runtuhan cerun di perkampungan Segaliud, hasil daripada lawatan ini pihak JKR Sabah mendapati masalah ini berpunca daripada hujan yang berterusan dan faktor tanah yang lembut berhampiran dengan sungai menyebabkan kawasan tersebut terhakis dan membahayakan penduduk. Pihak Kementerian dan JKR Sabah menasihati penduduk agar berwaspada dan akan berhubung kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membuat tindakan bersama-sama membantu penduduk Kampung tersebut dengan kadar segera.


Disediakan Oleh Amirah Farhana Unit Media Pembangunan & Korporat