LAWATAN KETUA MENTERI SABAH KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA(PPS) DAERAH PITAS DI SK PEKAN PITAS II

Oleh Noorhayati

PITAS – Lawatan Ketua Menteri Sabah Ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah Pitas di Sk Pekan Pitas II pada 5 Januari 2022, hari ini.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah melawat mangsa-mangsa banjir yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku di daerah itu pada 2 Januari 2022 yang lalu di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) daerah Pitas.

“Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan akan terus komited dan berusaha sedaya yang mampu untuk membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir”, kata Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selepas selesai taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Pitas, Encik Firuz Idzualdeen@Benetty Bin Mohd Dzul.

Turut mengiringi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam lawatan itu, ADUN N3 Pitas, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ruddy bin Awah, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Pitas, Encik Abdul Hafiz bin Haji Yahya, Jurutera Daerah Pitas, Encik Hadi Hamzah serta Ketua-Ketua Jabatan yang lain.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras sepanjang musim bencana ini khususnya pasukan petugas keselamatan dan agensi-agensi yang terlibat.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play