LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH l / MENTERI KERJA RAYA SABAH

TONGOD 04/01/2022 – Pada jam 10.30 pagi Yb Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya Sabah telah mempengerusikan sesi taklimat Pembangunan Jalan Luar bandar Mesej Kg Lanung dan Sistem Bekalan Air Luar Bandar Kg Lanung. Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar, Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Jasmin Julpin, Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Hj Ali Ahmad bin Hamid, Pengarah Jabatan Air Sabah, Tuan Ir Edward Lingkapo beserta rombongan Kementerian Kerja Raya Sabah.

Yb Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya Sabah mempengerusikan sesi taklimat.

Selepas daripada sesi taklimat tersebut, pada jam 2.00 petang rombongan terus menuju ke Tapak Lokasi Kampung Lanung bagi meninjau perkembangan kemajuan projek.

Seterusnya, lawatan di teruskan ke batu 25 Sandakan sekitar jam 5.30 petang bagi meninjau jalan runtuh di kawasan tersebut dan mendengar penjelasan daripada JKR Sabah berkenaan status pembaikan tanah runtuh tersebut.

Disediakan Oleh Amirah Farhana Unit Media Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play