MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN JKR SABAH 2021

oleh Norazriyana, Unit Media Pembangunan Korporat

KOTA KINABALU, 31 DIS 2021Majlis Jamuan Akhir Tahun JKR Sabah telah diadakan di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah, hari ini.

Majlis Jamuan Akhir Tahun yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik @ Nordin ini merupakan acara tahunan bagi Jabatan Kerja Raya Sabah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Ir. Haji Ali Ahmad bin Hamid, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Encik Leonard Stephen Poyong, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Tuan Ir. Edward Lingkapo, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Tuan Hj Arman Abd Muin, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (Sektor Khidmat Teknikal), dan Tuan Hj Kamaluddin Hj. Ag Abas, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (Sektor Bangunan).

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ketua – Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Bahagian, Jurutera Daerah serta kakitangan Jabatan Kerja Raya Sabah.

Pengarah Kerja Raya Sabah turut menyampaikan cenderamata kepada Datuk Robert Tawik @ Nordin setelah selesai perasmian majlis pada pagi tersebut.

Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah persembahan nyanyian dari kakitangan Jabatan Kerja Raya Sabah dan cabutan tiket bertuah.

Kemudian, majlis tersebut selesai pada jam 11.30 pagi dan disusuli dengan sesi bergambar.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play