MAJLIS PERPISAHAN TN.SEVERENUS BIN LIMPAK DAN TN.JOHNNY GAMPAWI

Kota Kinabalu 22 Disember 2021 –  Majlis  ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikan hari perpisahan Tn. Severenus bin Limpak (J29-Penolong Jurutera) dan Tn.Johnny Gampawi (F32-Penolong Pegawai Teknologi Maklumat). Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan khidmat yang dicurahkan sepanjang berkhidmat dalam Cawangan dan Jabatan ini. Majlis ini juga telah diadakan pada 22 Disember 2021 di Cawangan Pembangunan & Korporat Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah, Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Pembangunan & Korporat Tn.Muji Ampau.

Tuan Severenus Bin Limpak Bersama Ketua Penolong Pengarah Pembangunan & Korporat

Tn. Severenus bin Limpak telah berpindah ke Jabatan Kerja Raya Daerah Keningau setelah berkhidmat lebih dari 11tahun dalam Unit Development Plan(DP) di Cawangan ini manakala Tn.Johnny Gampawi pula di berpindah ke Kementerin Pertanian & Perikanan Sabah dan telah berkhidmat lebih dari 8tahun dalam Jabatan ini. Semoga Tn. Severenus dan Tn. Johnny terus maju jaya di tempat baru. Sekian Terima Kasih.

Tuan Johnny Gampawi bersama Ketua Penolong Pengarah Pembangunan & Korporat

Disediakan Oleh Amirah Farhana Unit Media Pembangunan & Korporat

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play