PROGRAM LAWATAN SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH KE SEKOLAH-SEKOLAH DAIF DAERAH KOTA BELUD

Oleh Admin Yahing @ Yahim

KOTA BELUD – Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Dr. Zulkapli bin Mohamed telah mengadakan Lawatan ke Sekolah-Sekolah Daif Di Daerah Kota Belud pada 22 Disember 2021.

Turut serta, Encik Mohd Hamdani bin Sahari, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Encik Sharudin Shah bin Walli, Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah dan rombongan dari SEDIA.

Sebelum lawatan tersebut, Jurutera Bahagian Pantai Barat Utara, Ir Jamilah Tukang telah menyampaikan taklimat berkaitan projek-projek sekolah daif yang telah dilaksanakan di daerah Kota Belud yang bertempat di Bilik Mesyuarat, JKR Kota Belud.

Dalam taklimat tersebut, Ir Jamilah Tukang telah memberikan sedikit penjelasan berkaitan kelewatan tarikh siap sebenar sebahagian projek tersebut yang disebabkan oleh faktor cuaca selain kekangan tenaga sumber manusia kesan dari pandemik COVID-19.

Dalam respon berkaitan, SUP telah menyatakan sama ada Ketua Menteri Sabah atau Perdana Menteri Malaysia yang akan dibawa melawat projek-projek tersebut selepas menetapkan tarikh yang sesuai.

SUP juga memberi jaminan untuk memberi sokongan bagi mana-mana projek berkaitan yang masih kekurangan dari segi kemudahan atau keperluan mendesak.

SUP juga merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen JKR Kota Belud di atas pengurusan yang cemerlang dalam menjayakan pelaksanaan projek-projek sekolah daif khususnya di daerah Kota Belud.

Kemudian, beliau melawat ke beberapa tempat projek-projek tersebut untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Hadir sama dalam lawatan itu, jurutera-jurutera dan pasukan pengurusan yang terlibat.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play