MAJLIS PENGHARGAAN DAN JASAMU DIKENANG

Oleh Ibini Aminah Abdullah

KOTA KINABALUSatu Majlis Penghargaan dan Jasamu Dikenang telah diadakan di JKR Bandaraya pada 21 Disember 2021 bersempena meraikan persaraan kakitangan yang bersara pada tahun ini.

Majlis itu telah dihadiri oleh kakitangan JKR Bandaraya yang terdiri dari Cawangan Mekanikal, Cawangan Elektrik, Cawangan Stor, Unit Projek, Unit Pemeliharaan Jalanraya, Unit Bangunan, Unit Akaun dan Unit Pentadbiran.

Antara kakitangan yang diraikan adalah Encik Odin Buang, Encik Roger David Komilus, Encik Maidi Idol, Encik Victor Mojolou, Encik Ibrahim Salleh dan Encik Lukas Taradas.

Di kesempatan itu juga, Jurutera Bahagian, Mohd Hardy Laidin juga menyatakan aktivit-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang beliau berpindah di JKR Bandaraya dan terdapat beberapa aktiviti yang tertangguh akibat pandemik dan berjanji akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, majlis ini berakhir dengan meriah biarpun disambut secara sederhana.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play