MBJ ZON SELATAN-SEMPORNA

Oleh Sheila Kadir

Semporna – JKR Semporna telah menjadi tuan rumah dalam menganjurkan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Zon Selatan, pada 19 November 2021.

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT ZON SELATAN

Dengan mematuhi garis panduan SOP, keempat-empat JKR daerah di Zon Selatan (Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak) telah menghantar wakil kakitangan yang diketuai oleh Jurutera Bahagian JKR Tawau dan Jurutera Daerah masing-masing.

Antara objektif mesyuarat MBJ tersebut adalah menjadi medium untuk warga kerja JKR Sabah dalam menyuarakan isu, masalah dan kekangan dalam melaksanakan tugas serta menjadi medium untuk menyumbangkan idea dan pandangan demi kepentingan dan kebaikan Jabatan.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengukuhkan kerjasama dikalangan warga kerja JKR Sabah serta dapat memberi pendedahan kepada warga kerja JKR Sabah dan menjadi platform untuk perkongsian ilmu dan pengalaman.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play