Taklimat Santai Ride Tamu Besar Kota Belud

Oleh Nur Adilah Izzati

KOTA KINABALU – Taklimat Santai Ride Tamu Besar Kota Belud telah diadakan pada 8 November 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Tambuyukon, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah.

FOKUS..Datuk Pengarah JKRS, menyaksikan pembentangan Acara Santai Ride Tamu Besar Kota Belud

Jurutera Bahagian Kota Belud, Ir. Jamilah Tukang serta wakil, Jurutera daripada Jabatan Air Kota Belud bersama-sama Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Haji Ali Ahmad bin Hamid membincangkan Acara Santai Ride Tamu Besar Kota Belud yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya bersama-sama Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Air Kota Belud dengan kerjasama Kelab Sped CC.

Acara yang akan diadakan pada 20 November 2021 itu mengambil tempat di Perkarangan Peranauan D’Sangkir, Kota Belud.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play