MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INTERNSHIP-KUNAK

JKRS KUNAK, 27 Oktober – JD Kunak ,tuan Syed Abdullah bin Syed Abas, telah mengadakan majlis ringkas Penyampaian Sijil Tamat LI bertempat di bilik mesyuarat Sri Kunak. Majlis ringkas ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada Pelajar Latihan Internship (Bachelor of Sociology and Social Anthropology), Cik Norsafiza Azira binti Daud, dari UMS.

Majlis ringkas ini telah dianjurkan oleh bahagian pengurusan Pentadbiran yang diketuai oleh puan Norsiati Ahmada, dibantu oleh Ketua Unit Bangunan, encik Hasidi Harun dan Ketua Unit Pemeliharaan Jalan Raya, encik Mohd Ryan Syah Suriansyah yang turut sama dalam menjayakan majlis ringkas ini.

JD Kunak telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pelatih industri yang telah memulakan latihan sejak 02 Ogos dan berakhir hari ini.

JD Kunak sentiasa menyokong program LI agar ianya dapat memberi pendedahan awal tugas-tugas dan fungsi JKR kepada pelatih industri.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima pelatih industri dan saya mengharapkan mereka memberi fokus kepada semua arahan-arahan yang diberikan dengan jayanya”, kata JD Kunak dalam ucapannya sebelum menyampaikan sijil penghargaan kepada pelatih industri yang telah memulakan latihan sejak 02 Ogos dan berakhir hari ini.

Dalam majlis ringkas itu, Cik Norsafiza Azira binti Daud, dari UMS berkesempatan memberi penghargaan kepada JD Kunak dan seluruh kakitangan JKR Kunak.

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kpd JD Kunak kerana sudi menerima saya untuk mencari ilmu dan pengalaman baru.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan jkr kerana memberikan ilmu yg bermanfaat, pengalaman baru dan memberi peluang untuk saya mengalami sendiri alam pekerjaan yang sebenar. Saya juga yakin setiap usaha Tuan dan Puan tidak pernah mengkhanati hasil.

“Saya sudah menganggap JKR Kunak bukan hanya tempat bekerja tetapi ianya seperti sebuah keluarga”, kata Cik Azira semasa memberi kesempatan menyampaikan ucapan.

Turut sama dalam menjayakan majlis ringkas ini adalah en.Mohd Rushdi Muniardi,Ketua Unit Akaun. TAMAT

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play