Taklimat Perkhidmatan ,Ikrar Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah

KOTA KINABALU, 6 OKT 2021 – Taklimat perkhidmatan bagi kakitangan lantikan baharu dan kenaikan pangkat secara one-off serta kakitangan baharu dipindahkan ke Jabatan Kerja Raya Sabah yang dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid telah dilaksanakan.

Program pada pagi itu menyaksikan kakitangan yang seramai 217 itu melafazkan Ikrar Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah yang bertempat di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah.

Taklimat Tatatertib & Integriti telah disampaikan oleh Puan Suriah Bahari. Kemudian, Taklimat Kemudahan Perkhidmatan Awam disampaikan oleh Puan Annelly John, Taklimat Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Puan Infazah Qistina Irwansyah dan disusuli dengan Taklimat Penggunaan Kenderaan Kerajaan yang disampaikan oleh Encik Zinuddin Naim.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Hj. Kamaluddin Hj. Ag Abas, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Dayang Selha Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ukur & Sokongan Maklumat, Awangku Eddie Syukrie Pg Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Senggara Bangunan, Freddy Kimbun.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play