Pengarah JKR mengiringi SKN melawat perkembangan Projek Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Oleh Johnny Gampawi

PAPAR: Pengarah Kerja Raya Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid, hari ini mengiringi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Zuki bin Ali, sempana program lawatan rasmi ke tapak projek Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Pakej Kerja 05, di sini.

Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid, Pengarah Jabatan Kerjaraya Sabah bersama beberapa kakitangan jawatankuasa pelaksana projek.

Dalam lawatan itu, Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Zuki bin Ali berpuas hati secara keseluruhan perjalanan projek tersebut.

Beliau berkata, walaupun dari segi kemajuan projek itu ada beberapa pakej yang agak ke terbelakang tapi ia tidak mengganggu keseluruhan kemajuan kerja-kerja tersbut.

“Banyak perkara dilihat pada projek itu yang boleh diperbaiki dan yang paling mustahak adalah kita kena lihat punca sebenarnya.

“Walaupun berlaku kelewatan, namun dalam masa sama saya gambira kelewatan tersebut telahpun diatasi.

“Kita dalam peringkat pemulihan ekonomi dan saya berharap kemajuan dalam projek pan borneo ini, insya allah kita akan dapat siapkan seperti mana jadualkan.

“Ini penting demi memastikan janji-janji kerajaan direalisasikan,” katanya selepas selasai sesi taklimat pelaksanaan projek yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembinaan & Pemantauan, Sektor Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Mohd Shamsul Nizam bin Hj. Abdul Wahid, dibantu Jurutera Projek, Aarol Izmi bin Zamani.

Turut hadir dalam siri lawatan itu, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Bin Mohamed, Ketua Eksekutif SEDIA Datuk Seri Panglima Hashim Pajian, Pegawai Daerah Papar, Hadzian bin Hj. Jablee, Jurutera Daerah Papar, Nelson George, dan wakil Pegawai Penguasa (SOR) Work Package 05 dan kakitangan pejabat pelaksanaan.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play