PERSEPSI MASYARAKAT YANG SERING KAITAN ISU KEROSKAN JALANRAYA KEPADA JKR SUKAR DIELAK: BUNG

Oleh Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU: Tanggapan masyarakat terhadap isu keroskan jalanraya yang sering dikaitkan dengan Jabatan Kerja Raya sukar dielakkan walaupun isu keroskan yang dibangkitkan bukan dalam selenggaraan jabatan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata walaupun presepsi ini memberikan kesan negetif kepada Jabatan dan Menteri yang bertanggungjawab dengan pelbagai tomahan dan kritikan berkenaan terutamanya di media sosial , namun kementerin Kerja Raya tetap mengambil maklum setaip aduan yang dibuat oleh orang ramai.

“ Inilah presepsi masyarakat yang sukar kita elak ,meskipun terdapat isu kerosakan jalanraya mahupun jambatan yang dibangkitkan dan diviralkan di media sosial bukannya dalam selenggaran jabatan ,kami akur menerima kritikan tersebut kerana masyarakat tidak memahami dan menyiasat terlebih dahulu samada jalanraya atau jambatan yang rosak itu adalah dalam selenggaran Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan yang lain ” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan program Jelajah Ramadan JKR di Kompleks JKR Kepayan pertang kemarin.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kerja raya Jasmin Mohd Jasmin Julpin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ir Ali Ahmad Hamid Jurutera Daerah JKR Bandaraya Hardy Laidin dan Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Ongki.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya memang wujud kekeliruan orang ramai terhadap isu ini bagaimanapun jika aduan tersebut melibatkan jalanraya atau jambatan yang diselenggara oleh JKR tindakan memperbaikinya akan dilaksanakan segara atau mengarahkan konsesi yang bertanggungjawab memerbaikinya,manakala bagi jalanraya yang bukaya dibawah selenggaran JKR ianya akan dimaklumkan kepada jabatan atau agensi untuk tindakan selanjutnya.

Bung menambah ada beberapa jalanraya yang bukan menjadi tanggungjawab JKR antaranya jalan Pertanian, Jalan Estet atau jalan ladang yang tidak boleh dibaiki oleh JKR malah terdapat sebahagian jalanraya menjadi tanggungjawab Pejabat Daerah pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Mengulas program tersebut Bung yang juga Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag berkata ianya merupakan program yang baik dalam mendekati golongan yang kurang berkemampuan terutamanya anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan apalagi golongan ini juga terkesan dengan penularan Pandemik Covid-19.

“ Saya difahamkan program ini merupakan program tahunan JKR bersama Persatuan Kebajikan Islam JKR Sabah sempena bulan Ramadahan ,bagaimanapun tahun lepas tidak dapat dilaksanakan ekoran PKP “ katanya.

Bagaimana pun menurut Bung tahun ini program tersebut diteruskan meskipun dilaksanakan dalam norma baru bagi mematuhi Prosedur operasi standrad (SOP) yang ditetapkan dengan hanya menyampaikan bantuan kepada wakil penerima sumbangan tidak seperti amalan sebelum ini mengumpul para penerima dalam satu majlis.

“ Apa yang penting hasrat kita untuk membantu golongan sasaran tetap mencapai matlamatnya walaupun program ini dilaksanakan dengan (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan” tambah Bung

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play