PKI JKR SABAH GIAT LAKSANAKAN PROGRAM KEBAJIKAN SEMPANA BULAN RAMADHAN

Oleh Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU: Penekanan terhadap aspek kebajikan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim piatu,ibu tunggal dan warga emas menjadi antara tumpuan dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kerja Raya Sabah khususnya dalam bulan Ramadan.

Pengerusinya Ir Ali Ahmad Hamid berkata, program-program kebajikan dilaksanakan sepanjang tahun namun tumpuan terhadap beberapa program tambahan dilaksanakan sepanjang bulan puasa bagi menyantuni masyarakat yang memerlukan.

Menurutnya, program yang diatur juga termasuk program berbuka puasa , lawatan ke rumah anak-anak Yatim ,Rumah Amal dan penyampaian sumbangan persatuan tersebut.

” Bagaimana pun oleh kerana di seluruh dunia menghadapi penularan kornavirus Covid-19 banyak program terpaksa kita tangguhkan seperti tahun lepas kita tidak dapat mengadakanya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program Jelajah Ramadhan JKR Sabah di Kompleks JKR Bandaraya Kota Kinabalu di Kepayan petang kelmarin .

Program tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd Jasmin Julpin,Jurutera Daerah JKR Bandar Raya Kota Kinabalu Hardy Laidin dan Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Ongki.

Menurut Ir Ali Ahmad pada bulan Ramadhan tahun ini program tersebut diteruskan dalam norma baharu bagi mematuhi Prosedur Operasi standrad (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan .

” Program jelajah kita tetap akan berjalan tapi perkumpulan dan penyampaian sumbangan hanya kita serahkan kepada pengerusi atau wakil rumah rumah kebajikan yang kita lawati atau melalui jurutera JKR di setiap daerah disebabkan kita masih dalam pandemik Covid-19 ” katanya.

Menurut Ir Ali Ahmad Pendekatan program ini memberi sokongan moral mereka yang kurang berkemampuan yang turut terkesan dengan penukaran Virus Covid-19 dengan harapan sedikit sumbangan ini akan dapat meringankan beban mereka apalagi ketika menyambut kedatangan Syawal.

Pada majlis tersebut sebanyak 5 kumpulan menerima sumbangan iaitu Pusat Tahfiz AL Quran Bahrul Ulum Kalansanan,Madrasah AL Quran Nahatul Ilmiah Sempelang ,rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Kampung Kota Bolong Tuaran,Rumah Anak Yatim Al-Mughni Penampang dan Rumah Anak Yatim As-Sakinah Kinarut Papar.

” Kita juga akan menjelajah ke beberapa buah daerah dan turut menyampaikan kepada beberapa buah rumah anak yatim dan pusat Tahfiz yang sudah dikenal pesti” tambah Ir Ali Ahmad.

SAMPAIKAN..Ir Ali Ahmad Menyampaikan cendera hati kepada penceramah agama semasa majlis tersebut.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play