BUNG MINTA KONTRAKTOR PERCEPATKAN KERJA KERJA NAIK TARAF JALAN SULAMAN ANTARA UMS KE INDAH PERMAI

Oleh: Jaafar Abdul wahid

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Dato’ Sri Bung Moktar Radin berharap kontraktor pelaksana projek naik taraf jalanraya antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke simpang Indah Permai dapat mempercepatkan kerja kerja pembinaan bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya yang sekian lama berhadapan dengan kesesakan jalanraya terutamanya di waktu puncak.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata dari sasaran Jabatan Kerja Raya agar projek tersebut 60 peratus boleh disiapkan ketika ini pihak kontraktor hanya dapat melaksanakannya sekitar 55 peratus

Projek naik taraf jalan tersebut dari empat lorong kepada 6 lorong termasuklah pembinaan empat buah jejambat (Flyover) iaitu Jejambat (Flyover) di simpang King Fiser, UMS, Rampayan dan Indah Permai

“Kita faham dalam situasi sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kerja kerja pengubah suaian laluan paip antara sebab kelewatan ini , bagaimana pun kita berharap kontraktor terlibat mempercepatkan kerja kerja pembinaan semasa PKP ini kerana kurang gangguan kenderaan yang melalui kawasan tersebut dan ini akan turut menyelesaikan segera masalah kesesesakan jalanraya terutamanya di waktu puncak” katanya ketika meninjau kerja kerja pembinaan jejambat Rampayan di sini baru baru ini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd. Jasmin Julpin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ali Ahmad , Pengarah Jabatan Air Edward Lingkapo dan wakil dari syarikat pemaju.

Mengulas isu gangguan air di beberapa buah kampung di kawasan Sepanggar Bung berkata antara faktor menyebabkan gangguan air sering berlaku ialah kes kecurian air dimana terdapat banyak saluran saluran air paip dibuat secara haram menyebabkan tekanan air menjadi rendah dan menjejaskan pengguna terutamanya di kawasan tinggi.

“ Saya meminta Jabatan Air bersama agensi lain yang terlibat memantau keadaan ini serta mengambil tindakan proaktif bagi memotong paip-paip air yang disambung secara haram” katanya.

Menurut Bung, kes kecurian air ini bukan sahaja menjejaskan pengguna terutamanya mereka yang memiliki meter air malah mendatangkan kerugian berjuta ringgit kepada kerajaan (Jabatan Air).

Dalam Perkambangan yang Sama Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan Meminta semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan Parlimen Sepanggar agar membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengumpul data penduduk kampung yang memiliki meter air.

Katanya langkah ini mengenal pesti tidak berlakunya pemasangan paip secara haram di kalangan penduduk kampung dan menasihatkan mereka agar memasang meter air masing-masing bagi mengelak sebarang tindakan diambil.



PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play