Program Taklimat Tugasan bagi Pemandu dan Pembantu Awam Gred H11

11/02/2020 – Satu Taklimat Tugasan Bagi Pemandu dan Pembantu Awam Gred H11 telah dianjurkan oleh Cawangan Sumber Manusia. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Ir. Richard Jomiji Kinsil, Pengarah Kerja Raya Sabah.

Objektif program ini untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan penuh rasa tanggungjawab, mewujudkan interaksi positif di kalangan pekerja bagi membentuk semangat kerja berkolaborasi, membangunkan nilai-nilai positif dalam diri pekerja.

Penceramah semasa program tersebut ialah:

  • Puan Dayang Selha Ibrahim, KPP/SM bertajuk Taklimat Pentadbiran,
  • Tuan Hj. Aziz Hj. Bool, Pegawai Tadbir/SM bertajuk Tugas dan Tanggungjawab Pemandu dan Pem-bantu Awam Gred H11 dan Taklimat mengenai Penyalahgunaan Kenderaan,
  •  Puan Suriah Bahari, Pegawai Tatatertib/SM bertajuk Tatatertib dan Exit Policy,
  • Puan Melanie Maddun, Penolong Pegawai Tadbir/SM bertajuk Perkongsian Pengurusan Kebenaran Memandu Kenderaan, Encik Johnny Gampawi, Penolong Pegawai Maklumat/U&SM bertajuk Aplikasi Elektronik Yang Diguna Pakai Dalam Jabatan, Encik Khairul Nazrin Jeropakai, Penolong Jurutera/Automotif bertajuk Penye-lenggaraan Kenderaan,
  • Puan Razali-zah bte Latip, Jurutera/SB bertajuk Sistem Pemantauan Kerja Kakitangan Gred H11 dan
  • Perkongsian Pen-galaman oleh Puan Naisah Miss, Pembantu Awam (Senior).

Turut hadir adalah penceramah jemputan, Encik Rusdi Rusli dengan tajuk ceramah Memory Power.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play